ANGKA TERSIRAT PADA BOTOL MINUMAN ANDA?
PENYUMBANG KANSER
Ya! adakah anda tahu botol minuman juga adalah salah satu penyumbang kepada kanser?? Bagi sesiapa yang belum tahu, Entry kali ini saya ingin memaparkan kod yang terkandung pada botol plastik minuman yang sering kita gunakan.
Ha sekarang pergi ambik botol air masing-masing. Pergi cek, ada tak no 1, 2, 3, 4, 5.. yang tiga segi tu.. meh saya huraikan.
![]() |
| GRED 1 |
PETE/ PET Selalunya terdapat pada botol minuman biasa di kedai2 yang telah siap di packing seperti botol minuman dan air berkarbonat. So botol jenis ni hanya layak di pakai sekali sahaja, so tak payah la nak topup air banyak kali dan tinggal kan dalam kereta.. kerana suhu panas dalam kereta boleh bertindak balas dengan botol dan terkesan kepada air simpanan tersebut..
GRED 2
HDPE. Bagi orang construction akan familiar dengan hdpe ni. Tidak disarankan penggunaannya utk kali-2 ye untuk simpanan air minuman. Boleh didapati pada pembuatan kayak, tong air, pipe HDPE, botol sabun
![]() |
| GRED 3 |
PVC. sama juga seperti gred terdahulu, Tidak di sarankan untuk di kitar semula penggunaannya bagi tujuan minum air.. tapi paip bekalan pon ada pakai PVC kan? tapi kebanyakannya adalah di dalam kawasan "indoor" ye tak?
![]() |
| GRED 4 |
LDPE. tadi High, skrg low. banyak pembuatan untuk bekas makanan yg mcm plastik tu. Protection untuk makanan ok la dari terkena air & udara, elakkan la letak makanan panas. Tapi biasa kita beli makanan mmg di bungkuskan dalam plastik fleksible mcm ni. Botol air pon ada juga yg pakai gred ni.
GRED 5
PP. Boleh di kategorikan sebagai plastik yang kuat. Gred ini banyak di gunakan untuk cover makanan dan botol minuman.. cuba korang cek mcm tupperware ke bekas cheese cake plastik tu semua gred ni. Stabil untuk suhu tinggi dan ketahanan terhadap lemak. Ni paling sesuai dan terbaik untuk digunakan.
GRED 6
PS. Bahan ni memang sangat TIDAK sesuai di gunakan untu makanan dan minuman kita.Berbahaya untuk otak dan reproduksi sistem kita. Tidak boleh dikitar semula. Contohnya adalah styrofoam, putih dan tidak lutsinar tu.. kalau kedai makan ada bungkus kertas tu, better suruh bungkus pakai kertas coklat tu. :)
![]() |
| GRED 7 OTHERS. ni tak perlu la hurai2 lagi panjang.. sebab memang untuk penggunaan selain bahan makanan dan minuman. Mempunyai bahan kimia. Jelas. |









Comments
Post a Comment